g!veawaY : akH!R taHuN vS awaL taHuN bY NuRuL

http://mia-udax.blogspot.com/2012/12/giveaway-akhir-tahun-vs-awal-tahun-by.html
cL!ck tH!S baNNer ^_____^

assalamualaikum korang semua..hari ni ekin ade j0in sto0 giveaway jep..saje je nakk mencuba nasib sambil berdakwah kann..okay...syarat giveaway nhyp suruh ekin update sto0 entry berkenaan hadis..actually ekin tatau p0wn hadis nhyp..yang ekin tau sto0 hadis berkenaan jangan menghampiri zina..tapi susah nakk cari bub ekin nakk c0py paste p0wn susah..so,,hadis yang ekin dapat nhyp..ekin takk tau p0wn..dengan sertai giveaway nhyp..banyak bg manfaat dekat ekin dengan k0wang semua kann,,yang tatau jadi tau..so,,k0wang yang bace entry nhyp..h0pe takk tinggalkan bl0g ekin sampai k0rang habis bace..nhyp hadisnya..h0pe enjoy ~

 عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ.

 (ابن ماجه وغيره)

 Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."

(Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Hadis yang kedua puluh ini mewajibkan tiap-tiap orang Islam - lelaki danperempuan - mempelajari ilmu agama. 
Huraiannya:
Oleh kerana sesuatu pekerjaan dari yang sekecil-kecilnya hingga yang sebesar-besarnya tidak dapat dilakukan dengan 
teratur dan sempurna melainkan dengan ilmu pengetahuan yang berkenaan dengannya, maka nyatalah wajibnya seseorang mempelajari hukum dan peraturan Islam bagi apa sahaja perkara yang hendak dilakukannya sebagai wajib fardu ain. 
Menurut kitab Al-Furuq dan "Tahzib al-Furuq" bahawa Imam Ghazali dalam kitabnya "Ihya-'Ulumuddin" dan Imam Asy-Syafi'i dalam kitabnya "Ar-Risalah"menerangkan;  Bahawa telah sekata alim ulama, tidak harus seseorang cuba melakukan sesuatu perkara sehingga ia mengetahui lebih dahulu hukum-hukumAllah mengenai perkara yang hendak dilakukannya itu; - orang yang hendak berjual beli wajib mempelajari hukum Allah mengenainya dan orang yang hendakmenyewa,  memberi sewa,  mengupah dan mengambil upah wajib mempelajari hukum Allah mengenainya. Demikian juga orang yang hendak sembahyang wajib mempelajari hukum Allah mengenal sembahyang. Demikian seterusnya segalaperkataan yang hendak dikatakan dan segala amal yang hendak dikerjakan. Maka sesiapa yang mengetahui hukum Allah dan beramal menurut apa yang diketahuinya, sudah tentu ia telah mentaati Allah dengan dua taat dan sesiapa yang tidak mengetahui dan tidak pula beramal, sudah tentu ta telah menderhaka kepada Allah dengan dua kederhakaan; dan sesiapa yang mengetahui hukum Allah dan tidak beramal mengikutNya, maka ia telah mentaati Allah dengan satutaat dan menderhaka kepadaNya dengan satu kederhakaan.
Sayugia diingat, bahawa ilmu agama itu bukan satu perkara yang mudah didapati bahkan mestilah dipelajari dan diterima dari orang Islam yang betul-betul dansah ilmunya serta jujur dan adil dalam penyampaiannya, sebagaimana yang diterangkan dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang maksudnya: "Sesungguhnya ilmu yang sah dan muktabar itu tidak akan dapat dicapai melainkan dengan dipelajari dari guru"; bukan semata-mata dari buku-buku, lebih-lebih lagi yang dikarang oleh orang-orang orientalis,  yang kebanyakannya menghidangkan madu bercampur racun.
selamat membaca okay..h0pe kite sesame dapat manfaatnya.....
sumber dari : IsLamGRID

2 comments:

  1. Ina singgah dari segmen yang sama. :)

    http://inameowmew.blogspot.com/2012/12/giveaway-akhir-tahun-vs-awal-tahun-by.html

    Jom join segmen ina di blog. Ada banyak hadiah yang menanti anda seperti dress korea dan jam tangan!!

    http://nikainaa.blogspot.com/2012/12/segmen-jom-up-follower.html

    ReplyDelete
  2. dari GA yang sama . :)

    http://www.cikfie.com/2013/01/giveaway-akhir-tahun-vs-awal-tahun-by.html

    ReplyDelete